Tuesday 30 July 2019

JANGAN TINGGALKANKU BERSENDIRIAN (TEASER 2)

Haziq, Omar dan Mirul pergi ke sekolah dengan menunggang basikal masing-masing. Lagipun bukannya jauh sangat perumahan setinggan mereka dengan sekolah. Naik basikal tak sampai 15 minit.
Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula seawal jam 06.40 pagi. Mereka selalu sampai ke sekolah dalam lebih kurang 10 minit lagi sebelum masuk. Bukan apa, mereka saling tunggu menunggu. Takdenya Haziq dengan Hafiz nak pergi sekali, masing-masing ada geng. Padahal jarak sekolah mereka takdelah jauh sangat.
Mereka bertiga ni sekelas, tak pernah pisah punyalah. Rezeki bersahabat, di mana ada Haziq, di situ ada Omar dan Mirul. Sampaikan ada guru yang menggelar mereka tiga serangkai.
“Kau tengok budak tu, sakit mata aku tengok dia tu.” Haziq memang tak berkenan langsung dengan Syahirah, budak perempuan sekelasnya. Padahal baru je mereka melangkah masuk ke dalam bilik darjah mereka.
“Tu la pasal, acah je lebih. Nak tunjuk rajinlah tu padam papan hitam tu, sajalah tu.” Mulut Omar pun dua kali lima je dengan Haziq.
“Tunggu je dia ni. Nanti tahulah nasib dia.” Haziq yang tidak pernah ketandusan idea untuk mengenakan orang lain sudah mendapatkan idea.
Syahirah ni budak baru masuk tahun lepas. Daripada darjah satu sampai darjah empat, tak pernah lagi Haziq jumpa orang yang berperangai macam Syahirah. Bila Syahirah masuk ke kelas mereka, perangai mengada sangat. Apa lagi naik menyampahlah budak kelas tu. Dahlah acah pandai, suka bodek cikgu. Begitulah serba sedikit sebab kenapa Haziq, Omar, Mirul dan tidak terkecuali beberapa orang murid lain yang tidak berapa sukakan kehadiran Syahirah di kelas mereka.
“Alah alah budak ni, dah ada jadual bertugas, bukan nak ikut. Nak juga buat kerja yang bukan tugas dia.” Haziq sengaja menguatkan suaranya supaya Syahirah mendengarnya. Tapi langsung takde tindak balas dari Syahirah. Senyum je dia sambil memadam papan hitam tersebut.

Makin panas pula hati Haziq, lain yang dia harapkan, lain pula yang terjadi. Takpe, masa masih panjang.

            #JANGANTINGGALKANKUBERSENDIRIAN
#NEWMANUSCRIPT
#JULY2019

Monday 29 July 2019

JANGAN TINGGALKANKU BERSENDIRIAN (TEASER 1)


“Hah, kamu ni Haziq dari mana?” atuknya yang sedang duduk di anjung rumah menegurnya.
“Atuk.” Haziq menyalami datuknya.
“Haziq pergi hutan hujung sana dengan Omar dan Mirul tuk.” Jelas Haziq. Dia takut kalau dengan datuknya ni. Datuknya agak garang sedikit daripada neneknya.
“Tak takut kena culik ke merayau-rayau dekat sana? Atuk dah pesankan jangan selalu jalan pergi hutan hujung sana tu. Kenapa degil sangat?” mula dah datuknya nk marah Haziq. Tak tahulah nak ikut perangai siapa.
“Haziq pergi dengan kawan tuk, bukan pergi seorang.” Perlahan jawab Haziq sebab takut dimarahi. Tangannya perlahan mengambil burung tadi. Diambilnya ubat gamat dan kapas lalu disapukan ke sayap burung yang terluka tadi. Tak langsung dia menoleh ke arah datuknya. Dalam hatinya debaran kian terasa.
“Haziq ingat kalau ada orang jahat nak buat sesuatu dengan kamu, kawan kamu tu dapat nak menolong kamu ke? Lagi satu atuk selalu pesan, jangan suka cederakan binatang. Kesian burung tu Haziq lastik sampai cedera macam tu. Apa yang Haziq dapat lepas cederakan burung tu? Burung tu pun ada keluarga Haziq, Haziq tak kesian ke dengan burung tu.” Membebel panjang datuknya. Pening juga tua-tua ni nak membela budak-budak.
Diam je Haziq tanpa menjawab, bimbang kalau salah cakap, bercap lima jari nanti bontotnya. Argh sudah, Hafiz pula baru balik dari mana entah. Haziq segera mempercepatkan langkahnya naik ke rumah. Lama dia dekat bawah tu, lagi sakit telinganya dibebel oleh datuknya.
“Ni lagi seorang, takkanlah dah larut petang macam ni baru ingat nak balik.  Hafiz ni dari mana dengan baju sekolah ni?” eh, tak habis lagi datuk mereka membebel. Satu demi satu cucunya buat perangai.
“Atuk.” Sapa Hafiz sambil menyalami datuknya. Sepesen je perangai dua beradik ni.
“Kamu dari mana ni? Kenapa tak terus balik rumah daripada sekolah tadi?” masih juga tuk Wan  menyoal walaupun soalan tadi langsung tidak dijawab.
“Hafiz ada hal sedikit dekat sekolah tuk, tu yang Hafiz balik lambat.” Dalam takut, Hafiz menjawab perlahan.
“Hafiz, buat apa lagi dekat bawah tu. Mari naik, mandi. Lepas tu kita makan sekali.” Panggilan daripada nek Peah menyelamatkan Hafiz daripada soalan demi soalan maut tuk Wan.
“Ya nek. Nak naik dah ni.” Hafiz mempercepatkan langkahnya.
“Tuknya, buat apa lagi duduk di bawah tu? Marilah naik, tak baik dah larut senja macam ni masih kat bawah.” Seru nek Peah lagi. Sengaja dia memanggil Hafiz tadi, bimbang hati tuanya tuk Wan marah budak-budak tu.
“Awak ni la neknya, manjakan sangat budak-budak tu. Apa saya cakap, bukannya mereka tu nak dengar dah. Asyik menghilang entah ke mana. Lewat macam ni baru muncul depan rumah.” Tak habis dibebelnya cucu-cucunya, nek Peah juga menjadi mangsa bebelannya.
“Abang, janganlah marah dekat budak-budak tu. Bukannya mereka buat perkara-perkara yang tidak baikkan. Kesian cucu-cucu kita. Abang tu, jaga kesihatan abang, Peah ni dah takde siapa lagi nak bergantung selain daripada abang.” Mendalam betul kata-kata nek Peah.
“Ya abang tahu. Tapi sampai bila awak tu nak manjakan sangat mereka tu. Mereka kena belajar hidup berdikari, kita berdua ni takkan selama-lamanya ada untuk mereka Peah oii. Abang ni bukan apa, abang sayang budak berdua tu. Tapi kita kena juga tegur mereka kalau kita nampak salah yang mereka buat. Tak elok kita sebagai orang dewasa biarkan sahaja perangai mereka tak berubah-ubah.” Jelas tuk Wan satu persatu. Kalau boleh, tak nak dia marah cucu-cucunya itu. Sayangnya kepada mereka melebihi nyawanya sendiri.
“Baiklah tuknya, nanti saya tegur mereka perlahan-lahan ya.” Nek Peah cuba menyedapkan hati suaminya. Dia tahu dia kena bertegas dengan cucu-cucunya, tapi dia tak sampai hati. Betul juga apa yang dikatakan oleh suaminya tadi.

#JANGANTINGGALKANKUBERSENDIRIAN
#NEWMANUSCRIPT
#JULY2019

Wednesday 6 March 2019

BAB 2


Pagi itu seperti biasa Elina memulakan rutin hariannya. Bangun pagi je terus dengar bebelan daripada mamanya.
            “Kau ni Elina, bila nak dapat panggilan kerja? Bertahun dah kau habis belajar, masih juga asyik kerja dekat supermarket tu. Tulah kau, mama suruh kahwin je dulu tak payah nak susahkan diri empat tahun belajar. Tapi kau degil, tak nak dengar cakap mama.” Itulah saja yang sering keluar daripada mulut mama Elina, Mashita.         
            Elina sampai malas nak layan, naik muak dia hari-hari dengar benda yang sama. Kalau dijawab pun, takkan berhenti punya bebelan mamanya itu.
            “Kalau kau ikut cakap mama dulu, kahwin dengan anak dato tu, mesti sekarang ni kau dan senang. Mungkin mama pun dah dapat dua tiga orang cucu. Ni kau sambung belajar sampai habis degree, sampai adik-adik kau semua nak ikut jejak kau. Mama nak cari duit macam mana Elina oiii.” Tambah Mashita lagi.
            Elina pekakkan telinga je sambil cepat-cepat masuk ke bilik air. Daripada dia menambah dosanya kepada mamanya, bagus dia berdiam diri.  Ikutkan hatinya, nak je dia kerja satu hari suntuk. Tak payah nak hadap mamanya yang asyik meruntuhkan semangatnya.
Dulu masa dia sambung belajar dekat UKM pun, dia kerja part time okey. Nak harap mamanya kirim duit, memang takdenya. Lagipun dia faham, penat mamanya nak membesarkan mereka bertiga. Bukan senang tau seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Ibu tunggal ke? Tak tahu nak kata apa. Hmmm. Lagi-lagi bila anak-anak dah masuk dalam alam persekolahan, lagi sukar mamanya nak menampung kehidupan mereka semua.
Papanya? Hmmm, dia sendiri tak tahu dimana keberadaan papanya. Hidup lagi ke, atau dah meninggal. Masa dia kecil, pernah lagi dia berjumpa dengan papanya. Makin dia membesar, papanya terus pergi lesap entah ke mana. Bila ditanya mamanya, mesti mamanya akan marah. “Jangan cari lagi papa kamu, kalau kamu cari lagi lepas ni, kamu takkan jumpa dengan mama!” begitulah ugutan Mashita semasa Elina tahun tiga membuatkan mereka adik-beradik tak pernah sentuh isu papa mereka.

Friday 2 March 2018

BAB 1


“Kau tak tahu macam mana rasanya bila kau dah belajar tinggi-tinggi, setiap sem dekan tapi habis belajar dah dekat 2 tahun tapi takde panggilan kerja. Macam kau lainlah, habis belajar je terus kerja dekat syarikat ayah kau.” bengang juga Elina dengan kawan baiknya a.k.a perempuan takde perasaan itu. Syakila buat tak tahu je sambil menghirup jus epalnya. Langsung takde rasa bersalah. Dasar hati batu.
“Alah, bukan salah aku pun kau tak kena panggil kerja. Lagipun sekarang kau pun kerjakan, bukannya jadi penggangur terhormat. Kecohlah.” Eh, selamba pula Syakila mengutuk kawannya sendiri. Dah kembang kempis kembang kempis lubang hidung Elina menahan geram. Niatnya mahu berjumpa dengan Syakila ni supaya dapatlah dia mengadu nasib, rupanya hampeh. Tambah sakit hati adalah. Fuhhh.
“Kau diamlah! Lagi kau bercakap, lagi aku sakit hati. Hishhh. Kang tak pasal-pasal bengkak biji mata kau balik nanti.” Ugut Elina, nasib baiklah dia ni jenis yang reti kawal kemarahan. Kalau tak, memang betul bengkak biji mata Syakila. Masalahnya, Syakila ni pula jenis yang tak reti bahasa, kerja asyik nak sakat Elina je. Bukan kata sakatlah, memang Syakila ni daripada dulu lagi jenis yang ‘lantaklah, kesah pula aku’.



#NEWMANUSCRIPT
#misswriter96

Happynya...

Haiii... Doakan manuskrip aku diterima oleh penerbitan kaki novel. Aku dah hantar pada 11/02/2018. Oh Kehidupan done... 
Sekarang tengah tulis manuskrip baru, Idea dah ada, semoga semua dipermudahkan.

Tuesday 2 January 2018

02/01/18

Adakalanya, manusia harus membuat perkara yang digemari untuk melupakan segala kesakitan dan kedukaan yang dialami. Bukan bermaksud akan melupakan terus, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan di dada.

Tuesday 26 December 2017

Pian is sad...

Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya melihat seseorang yang kita cintai mencintai orang lain. Mencintai seseorang tak seharusnya memiliki. Tetapi sedarkah bahawa mencintai seseorang yang tidak mencintai kita adalah sangat perit.