Friday 28 July 2017

BAB 1



Malam itu sunyi sesunyi bulan di langit tanpa bintang menemani. Tatkala itu, terlihat kelibat perempuan di suatu sudut gelap. Air mata berguguran tanpa kedengaran esakannya.
KringgLoceng pertama dibunyikan pada hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang. Bermulalah kisah suka dan duka yang bakal diharungi oleh pelajar. Kehidupan pelajar yang tinggal di asrama sangat berbeza dengan pelajar lain yang tinggal di rumah sendiri. Bak kata pepatah, bagai langit dengan bumi.
“Hoi! Tak ada mata ke wahai manusia?” kedengaran salah seorang pelajar perempuan menengking seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan agak cool kerana dia terus berlalu walaupun perempuan itu bagai nak rak menengkingnya. Ramai pelajar yang lalu lalang berbisik-bisik sesama mereka.
“Apalah kau ni Fiz, macam tu pun nak naik baran. Tak ke malu pelajar lain tengok perangai buruk kau tu.marah Zara terhadap temannya yang berperangai tak ubah seperti lelaki.
“Wehnha, suka hati oranglah. Siapa suruh lelaki tu berjalan macam orang putus wayar jak. Lempang kang baru dia tak tahu, tingkah Fiz pula.
“Weh korang, sudah-sudahlah tu. Loceng dah bunyi tu. Jom masuk kelas, nanti ntah mak cik ntah pak cik kita marah pula.celah Azira bagi menghentikan pertikaman lidah oleh kedua sahabatnya itu. Dua bersahabat tu pun tergesa-gesa untuk menuju ke kelas.
“Woi Fiz, jalan tu cepatlah sikit, kita dah lambat ni. Arah Zara.
“Korang ni, relaxlah. Tak ke mana pun kelas tu. Apalah.” sindir Fiz sambil menggoyang-goyangkan tangannya persis sotong.


#OHKEHIDUPAN!

No comments:

Post a Comment