Sunday 30 July 2017

TEASER 2

“Semua pelajar, sila ambil perhatian. Masuk.” arah Cikgu Bad kepada pelajar yang berwajah baru itu.
“Ni pelajar baru kelas kita. Hah, perkenalkan diri kamu.” sambung Cikgu Bad lagi.
“Nama saya Afiq, sekolah lama S.M.K CITRA.” pendek salam perkenalannya tanpa senyuman.
“Baiklah Afiq, pergi tempat duduk kamu. Cari saja tempat yang kosong.” pinta Cikgu Bad.
Afiq mencari tempat duduk kosong yang ada. Ramai pelajar perempuan berusaha mengambil perhatiannya agar dia tidak duduk jauh dari mereka.
Seorang pelajar perempuan itu sejak tadi tidak mengendahkan kehadiran Afiq. Perempuan itu sedang sibuk mengelamun di tepi tingkap memandangkan tempat duduknya bersebelahan dengan tingkap.
Afiq melangkah ke meja pelajar perempuan tersebut lalu duduk tanpa memberi salam mahupun meminta kebenaran. Fiz terkejut.
“Woi! Kenapa kau duduk sini hah?” marah Fiz terhadap Afiq.
Afiq hanya membuat muka bodoh saja tanpa menjawab walaupun sebenarnya dia agak terkejut disergah sedemikian. Fiz melihat muka mamat tersebut.
“Kau lagi rupanya, dahlah hari tu langgar orang macam tak ada mata, sekarang cari pasal pulak duduk kat sebelah orang.” sergah Fiz bagai orang yang hilang akal.
Afiq masih membisu.
“Kau… Sudah Fiz,” celah Cikgu Bad.
“Tak salahkan dia duduk sebelah kamu. Lagipun tiada orang duduk kat sana,” tambah Cikgu Bad membuatkan Fiz semakin marah.
“Hah, kalau nak duduk sangat, duduklah. Orang tak hairan pun. Duduk puas-puas sampai mampus!” marah Fiz bagai dirasuk syaitan.
Tanpa dipinta, Fiz bangun mengangkat begnya lalu berpindah tempat duduk di belakang Zara dan Azira. Fiz menyempat menumbuk meja di hadapan Afiq sambil menunjukkan mukanya yang seperti singa. Fiz langsung tidak pedulikan jelingan Cikgu Bad daripada tadi.

Afiq berlagak tenang tetapi sebenarnya dia memang terkejut beruk dengan tindakan pelajar perempuan tersebut. Afiq mula mengimbas kembali hari dia mendaftar di sekolah ini. Nyata dia ada melanggar seorang perempuan dan yang pasti, dia hanya membuat bodoh tanpa meminta maaf. Baru kau tahu Afiq. Afiq mengutuk dirinya sendiri.


#OHKEHIDUPAN!

No comments:

Post a Comment