Sunday 30 July 2017

TEASER 2

“Semua pelajar, sila ambil perhatian. Masuk.” arah Cikgu Bad kepada pelajar yang berwajah baru itu.
“Ni pelajar baru kelas kita. Hah, perkenalkan diri kamu.” sambung Cikgu Bad lagi.
“Nama saya Afiq, sekolah lama S.M.K CITRA.” pendek salam perkenalannya tanpa senyuman.
“Baiklah Afiq, pergi tempat duduk kamu. Cari saja tempat yang kosong.” pinta Cikgu Bad.
Afiq mencari tempat duduk kosong yang ada. Ramai pelajar perempuan berusaha mengambil perhatiannya agar dia tidak duduk jauh dari mereka.
Seorang pelajar perempuan itu sejak tadi tidak mengendahkan kehadiran Afiq. Perempuan itu sedang sibuk mengelamun di tepi tingkap memandangkan tempat duduknya bersebelahan dengan tingkap.
Afiq melangkah ke meja pelajar perempuan tersebut lalu duduk tanpa memberi salam mahupun meminta kebenaran. Fiz terkejut.
“Woi! Kenapa kau duduk sini hah?” marah Fiz terhadap Afiq.
Afiq hanya membuat muka bodoh saja tanpa menjawab walaupun sebenarnya dia agak terkejut disergah sedemikian. Fiz melihat muka mamat tersebut.
“Kau lagi rupanya, dahlah hari tu langgar orang macam tak ada mata, sekarang cari pasal pulak duduk kat sebelah orang.” sergah Fiz bagai orang yang hilang akal.
Afiq masih membisu.
“Kau… Sudah Fiz,” celah Cikgu Bad.
“Tak salahkan dia duduk sebelah kamu. Lagipun tiada orang duduk kat sana,” tambah Cikgu Bad membuatkan Fiz semakin marah.
“Hah, kalau nak duduk sangat, duduklah. Orang tak hairan pun. Duduk puas-puas sampai mampus!” marah Fiz bagai dirasuk syaitan.
Tanpa dipinta, Fiz bangun mengangkat begnya lalu berpindah tempat duduk di belakang Zara dan Azira. Fiz menyempat menumbuk meja di hadapan Afiq sambil menunjukkan mukanya yang seperti singa. Fiz langsung tidak pedulikan jelingan Cikgu Bad daripada tadi.

Afiq berlagak tenang tetapi sebenarnya dia memang terkejut beruk dengan tindakan pelajar perempuan tersebut. Afiq mula mengimbas kembali hari dia mendaftar di sekolah ini. Nyata dia ada melanggar seorang perempuan dan yang pasti, dia hanya membuat bodoh tanpa meminta maaf. Baru kau tahu Afiq. Afiq mengutuk dirinya sendiri.


#OHKEHIDUPAN!

Friday 28 July 2017

BAB 1



Malam itu sunyi sesunyi bulan di langit tanpa bintang menemani. Tatkala itu, terlihat kelibat perempuan di suatu sudut gelap. Air mata berguguran tanpa kedengaran esakannya.
KringgLoceng pertama dibunyikan pada hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang. Bermulalah kisah suka dan duka yang bakal diharungi oleh pelajar. Kehidupan pelajar yang tinggal di asrama sangat berbeza dengan pelajar lain yang tinggal di rumah sendiri. Bak kata pepatah, bagai langit dengan bumi.
“Hoi! Tak ada mata ke wahai manusia?” kedengaran salah seorang pelajar perempuan menengking seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan agak cool kerana dia terus berlalu walaupun perempuan itu bagai nak rak menengkingnya. Ramai pelajar yang lalu lalang berbisik-bisik sesama mereka.
“Apalah kau ni Fiz, macam tu pun nak naik baran. Tak ke malu pelajar lain tengok perangai buruk kau tu.marah Zara terhadap temannya yang berperangai tak ubah seperti lelaki.
“Wehnha, suka hati oranglah. Siapa suruh lelaki tu berjalan macam orang putus wayar jak. Lempang kang baru dia tak tahu, tingkah Fiz pula.
“Weh korang, sudah-sudahlah tu. Loceng dah bunyi tu. Jom masuk kelas, nanti ntah mak cik ntah pak cik kita marah pula.celah Azira bagi menghentikan pertikaman lidah oleh kedua sahabatnya itu. Dua bersahabat tu pun tergesa-gesa untuk menuju ke kelas.
“Woi Fiz, jalan tu cepatlah sikit, kita dah lambat ni. Arah Zara.
“Korang ni, relaxlah. Tak ke mana pun kelas tu. Apalah.” sindir Fiz sambil menggoyang-goyangkan tangannya persis sotong.


#OHKEHIDUPAN!

ohhhh...

Seperti saban hari aku bangun dari tidurku...
Hidup terasa kosong...
Entah apa yang bermain di minda...
Tak tenang dengan apa yang dilalui...
Mungkin nanti masa akan menentukan segalanya...
Pergilah wahai kisah silam...

Thursday 27 July 2017

renung-renungkanlah...

Setiap yang hidup, pasti akan mati...
Kerana kehidupan di dunia ini hanya satu persinggahan...
Segala harta itu hanyalah satu pinjaman...
Tidak ada satupun yang menjadi milik kita secara mutlak...
Kerana diri kita juga dimiliki oleh Tuhan yang maha esa...

Tuesday 25 July 2017

Oh hati...

Hari ni aku masih berusaha sambung manuskrip aku... Hmmm, sedih dah nak balik upsi... Sabarlah hati... Tak nak lagi balik sebenarnya... Masalah menimpa2... Hahahaha, time kengkawan ada masalah, senang jak aku bagi kata2 semangat... Sekali kena dekat aku, hmm nak luah pun tak sanggup rasanya...

Kehidupan...

Hidup ini umpama roda yang berputar...
Adakala diatas, adakala dibawah...
Jangan menyombong tatkala berada tinggi diatas...
Kerana kita tidak tahu selama mana semuanya bertahan...
Jangan menyesali tatkala berada rendah dibawah...
Kerana dalam kepahitan pasti ada kemanisan...

Saturday 22 July 2017

22/07/2017 sudah rupanya

Lam nda postkan... Manuskrip dah nak siap... Nantikan...

#budakbarubelajar