“Kau
tak tahu macam mana rasanya bila kau dah belajar tinggi-tinggi, setiap sem
dekan tapi habis belajar dah dekat 2 tahun tapi takde panggilan kerja. Macam
kau lainlah, habis belajar je terus kerja dekat syarikat ayah kau.” bengang
juga Elina dengan kawan baiknya a.k.a perempuan takde perasaan itu. Syakila
buat tak tahu je sambil menghirup jus epalnya. Langsung takde rasa bersalah. Dasar
hati batu.
“Alah,
bukan salah aku pun kau tak kena panggil kerja. Lagipun sekarang kau pun
kerjakan, bukannya jadi penggangur terhormat. Kecohlah.” Eh, selamba pula
Syakila mengutuk kawannya sendiri. Dah kembang kempis kembang kempis lubang
hidung Elina menahan geram. Niatnya mahu berjumpa dengan Syakila ni supaya
dapatlah dia mengadu nasib, rupanya hampeh. Tambah sakit hati adalah. Fuhhh.
“Kau
diamlah! Lagi kau bercakap, lagi aku sakit hati. Hishhh. Kang tak pasal-pasal
bengkak biji mata kau balik nanti.” Ugut Elina, nasib baiklah dia ni jenis yang
reti kawal kemarahan. Kalau tak, memang betul bengkak biji mata Syakila.
Masalahnya, Syakila ni pula jenis yang tak reti bahasa, kerja asyik nak sakat
Elina je. Bukan kata sakatlah, memang Syakila ni daripada dulu lagi jenis yang
‘lantaklah, kesah pula aku’.
#NEWMANUSCRIPT
#misswriter96