Saturday 26 August 2017

TEASER 3

Sekolah itu kecoh dengan kehadiran pelajar baharu.
“Ui korang, ada budak baru nak mendaftar. Dengar kata budak tu batch kita,” cerita Halim yang memang terkenal sebagai paparazzi kelas 4 Harvard.
“Lim, budak pompuan ke lelaki?” soal Soleh yang turut teruja dengan kehadiran pelajar baharu.
“Hahaha... Budak pompuan, cun gila awek tu. Fuh, kalau jadi girlfriend okey gak,” tambah Halim dengan nadanya yang gatal. Sedang-sedang pelajar lelaki memasang angan-angan, pelajar perempuan hanya mampu mencebik.
Memang sudah ditakdirkan pelajar baharu itu masuk ke kelas 4 Harvard. Semasa pelajar itu melangkah masuk ke kelas, orang yang paling terkejut ialah Afiq.
“Hai semua. Nama saya Erin, sekolah asal saya adalah S.M.K. Citra. Salam perkenalan, harap kamu semua boleh membantu saya sepanjang keberadaan saya di sini,” panjang sahaja kata-kata Erin. Afiq langsung tidak memandang Erin yang dianggap sebagai virus dalam hidupnya.
“Baiklah Erin, cari tempat duduk yang kosong,” arah Cikgu Saiful memandangkan Erin masuk ke kelas semasa dia mengajar. Erin berjalan menuju ke arah Afiq kerana sebelah meja Afiq kosong.
Belum sempat dia sampai ke meja Afiq, dengan segera Afiq berdiri dan dan berpindah tempat duduk di sebelah Fiz. Fiz tersentak. Belum sempat Fiz melontarkan bom kepada Afiq, segera Afiq mengangkat 10 jarinya.
Erin hanya menjeling pada Fiz lalu duduk di tempat Afiq yang sengaja ditinggalkan.
Keluar sahaja Cikgu Saiful, meletuslah gunung berapi Fiz.
“Kau apahal duduk kat sebelah orang? Kau memang sengaja cari pasal dengan orangkan. Dulu orang duduk kat sana nak rebut, lepas tu sekarang orang duduk kat sini pun nak rebut!” marah Fiz sepuas-puasnya.
Afiq seperti biasa hanya duduk diam dan tenang.
“Kau pindah sekarang! Orang malaslah nak nampak muka kau. Haiyy... menyampah! Arah Fiz sambil menjeling ke arah Afiq. Afiq langsung tidak bergerak.
Fiz mengetapkan giginya. Dia mengambil begnya tetapi dengan segera Afiq menarik begnya. Baran Fiz sampai ke tahap maksima.
“Kau ni apasal?” marah Fiz tetapi Afiq tetap tidak melepaskan begnya. Penumbuk Fiz naik.

“Kau nak rasa penumbuk orang ke atau nak lepaskan beg ni?” radang Fiz sehingga mukanya menjadi merah. Pelajar dalam kelas itu hanya melihat pergaduhan Fiz dan Afiq tanpa cuba meredahkan kemarahan Fiz.