Pagi
itu seperti biasa Elina memulakan rutin hariannya. Bangun pagi je terus dengar
bebelan daripada mamanya.
“Kau ni Elina, bila nak dapat
panggilan kerja? Bertahun dah kau habis belajar, masih juga asyik kerja dekat supermarket tu. Tulah kau, mama suruh
kahwin je dulu tak payah nak susahkan diri empat tahun belajar. Tapi kau degil,
tak nak dengar cakap mama.” Itulah saja yang sering keluar daripada mulut mama
Elina, Mashita.
Elina sampai malas nak layan, naik
muak dia hari-hari dengar benda yang sama. Kalau dijawab pun, takkan berhenti
punya bebelan mamanya itu.
“Kalau kau ikut cakap mama dulu,
kahwin dengan anak dato tu, mesti sekarang ni kau dan senang. Mungkin mama pun
dah dapat dua tiga orang cucu. Ni kau sambung belajar sampai habis degree, sampai adik-adik kau semua nak
ikut jejak kau. Mama nak cari duit macam mana Elina oiii.” Tambah Mashita lagi.
Elina pekakkan telinga je sambil
cepat-cepat masuk ke bilik air. Daripada dia menambah dosanya kepada mamanya,
bagus dia berdiam diri. Ikutkan hatinya,
nak je dia kerja satu hari suntuk. Tak payah nak hadap mamanya yang asyik
meruntuhkan semangatnya.
Dulu
masa dia sambung belajar dekat UKM pun, dia kerja part time okey. Nak harap mamanya kirim duit, memang takdenya.
Lagipun dia faham, penat mamanya nak membesarkan mereka bertiga. Bukan senang
tau seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Ibu tunggal ke? Tak tahu nak
kata apa. Hmmm. Lagi-lagi bila anak-anak dah masuk dalam alam persekolahan,
lagi sukar mamanya nak menampung kehidupan mereka semua.
Papanya?
Hmmm, dia sendiri tak tahu dimana keberadaan papanya. Hidup lagi ke, atau dah
meninggal. Masa dia kecil, pernah lagi dia berjumpa dengan papanya. Makin dia
membesar, papanya terus pergi lesap entah ke mana. Bila ditanya mamanya, mesti
mamanya akan marah. “Jangan cari lagi
papa kamu, kalau kamu cari lagi lepas ni, kamu takkan jumpa dengan mama!” begitulah
ugutan Mashita semasa Elina tahun tiga membuatkan mereka adik-beradik tak
pernah sentuh isu papa mereka.
No comments:
Post a Comment