Monday 29 July 2019

JANGAN TINGGALKANKU BERSENDIRIAN (TEASER 1)


“Hah, kamu ni Haziq dari mana?” atuknya yang sedang duduk di anjung rumah menegurnya.
“Atuk.” Haziq menyalami datuknya.
“Haziq pergi hutan hujung sana dengan Omar dan Mirul tuk.” Jelas Haziq. Dia takut kalau dengan datuknya ni. Datuknya agak garang sedikit daripada neneknya.
“Tak takut kena culik ke merayau-rayau dekat sana? Atuk dah pesankan jangan selalu jalan pergi hutan hujung sana tu. Kenapa degil sangat?” mula dah datuknya nk marah Haziq. Tak tahulah nak ikut perangai siapa.
“Haziq pergi dengan kawan tuk, bukan pergi seorang.” Perlahan jawab Haziq sebab takut dimarahi. Tangannya perlahan mengambil burung tadi. Diambilnya ubat gamat dan kapas lalu disapukan ke sayap burung yang terluka tadi. Tak langsung dia menoleh ke arah datuknya. Dalam hatinya debaran kian terasa.
“Haziq ingat kalau ada orang jahat nak buat sesuatu dengan kamu, kawan kamu tu dapat nak menolong kamu ke? Lagi satu atuk selalu pesan, jangan suka cederakan binatang. Kesian burung tu Haziq lastik sampai cedera macam tu. Apa yang Haziq dapat lepas cederakan burung tu? Burung tu pun ada keluarga Haziq, Haziq tak kesian ke dengan burung tu.” Membebel panjang datuknya. Pening juga tua-tua ni nak membela budak-budak.
Diam je Haziq tanpa menjawab, bimbang kalau salah cakap, bercap lima jari nanti bontotnya. Argh sudah, Hafiz pula baru balik dari mana entah. Haziq segera mempercepatkan langkahnya naik ke rumah. Lama dia dekat bawah tu, lagi sakit telinganya dibebel oleh datuknya.
“Ni lagi seorang, takkanlah dah larut petang macam ni baru ingat nak balik.  Hafiz ni dari mana dengan baju sekolah ni?” eh, tak habis lagi datuk mereka membebel. Satu demi satu cucunya buat perangai.
“Atuk.” Sapa Hafiz sambil menyalami datuknya. Sepesen je perangai dua beradik ni.
“Kamu dari mana ni? Kenapa tak terus balik rumah daripada sekolah tadi?” masih juga tuk Wan  menyoal walaupun soalan tadi langsung tidak dijawab.
“Hafiz ada hal sedikit dekat sekolah tuk, tu yang Hafiz balik lambat.” Dalam takut, Hafiz menjawab perlahan.
“Hafiz, buat apa lagi dekat bawah tu. Mari naik, mandi. Lepas tu kita makan sekali.” Panggilan daripada nek Peah menyelamatkan Hafiz daripada soalan demi soalan maut tuk Wan.
“Ya nek. Nak naik dah ni.” Hafiz mempercepatkan langkahnya.
“Tuknya, buat apa lagi duduk di bawah tu? Marilah naik, tak baik dah larut senja macam ni masih kat bawah.” Seru nek Peah lagi. Sengaja dia memanggil Hafiz tadi, bimbang hati tuanya tuk Wan marah budak-budak tu.
“Awak ni la neknya, manjakan sangat budak-budak tu. Apa saya cakap, bukannya mereka tu nak dengar dah. Asyik menghilang entah ke mana. Lewat macam ni baru muncul depan rumah.” Tak habis dibebelnya cucu-cucunya, nek Peah juga menjadi mangsa bebelannya.
“Abang, janganlah marah dekat budak-budak tu. Bukannya mereka buat perkara-perkara yang tidak baikkan. Kesian cucu-cucu kita. Abang tu, jaga kesihatan abang, Peah ni dah takde siapa lagi nak bergantung selain daripada abang.” Mendalam betul kata-kata nek Peah.
“Ya abang tahu. Tapi sampai bila awak tu nak manjakan sangat mereka tu. Mereka kena belajar hidup berdikari, kita berdua ni takkan selama-lamanya ada untuk mereka Peah oii. Abang ni bukan apa, abang sayang budak berdua tu. Tapi kita kena juga tegur mereka kalau kita nampak salah yang mereka buat. Tak elok kita sebagai orang dewasa biarkan sahaja perangai mereka tak berubah-ubah.” Jelas tuk Wan satu persatu. Kalau boleh, tak nak dia marah cucu-cucunya itu. Sayangnya kepada mereka melebihi nyawanya sendiri.
“Baiklah tuknya, nanti saya tegur mereka perlahan-lahan ya.” Nek Peah cuba menyedapkan hati suaminya. Dia tahu dia kena bertegas dengan cucu-cucunya, tapi dia tak sampai hati. Betul juga apa yang dikatakan oleh suaminya tadi.

#JANGANTINGGALKANKUBERSENDIRIAN
#NEWMANUSCRIPT
#JULY2019

No comments:

Post a Comment